Hari ini kapal Ever Gevin telah di tahan oleh pihak berkuasa Mesir gara-gara ia menyekat perjalanan kapal-kapal di Terusan Suez selama bebrapa hari.Tuntutan sebanyak RM 4 billion lebih tersebut di tuntut kerana Mesir kehilangan pendapatan sebanyak RM 400 juta sehari ekoran kapal Ever Gevin telah terkandas beberapa hari di Terusan Suez ini.
Kapal Ever Genim itu telah mengalami kerosakan mekanikal dan proses menariknya keluar adalah amat sukat kerana air di Terusan Suez adalah cetek.Mujur kapal penunda German telah dapat menunda kapal ini keluar dengan selamat dan Terusan Suez kembali sibuk seperti biasa.Sejarah Terusan Suez ini amat menarik dibincangkan tentang pembinaanya dan konsep laluanya adalah unik dan pertama di dunia.
Secara ringkasnya terusan Suez adalah terusan buatan manusia yang terbesar di dunia yang merentasi Pelabuhan San di Laut Mediterranean dan Pelabuhan Teufu di bandar Suez yang menghadap Laut Merah di Semenanjung Sinai.Terusan Suez berada di dalam negara Mesir dan panjang terusan Suez adalah 168 km dan mempunyai lebar 300 m.Terusan Suez ini menguhubungkan dua tasik Bitter yang besar di utara dan selatanya,Jumlah kapal yang melaluinya pada satu hari adalah lebih daripada 50 biji,Sebelum di buka pada tahun 1869,laluan atau barang dagangan di angkut melalui jalan darat kerana jalan ini adalah jalan pintas perjalanan kapal dari Eropah ke Asia tanpa melalui atau mengelilingi Afrika yang terlalu jauh.
Terusan Suez ini amat strategik kerana ia selalu di tawan atau di gunakan oleh tentera2 untuk menjadi laluan penting apabila peperangan terjadi.Pembinaan terusan ini di mulakan pada tahun 1859 dan mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkanya.Mengajikan kira-kira 1.5 juta pekerja bersilih ganti kerna ramai pekerja mati di sebabkan penyakit dan lain-lain di dalam masa pembinaan dan anggaran pembelanjaan pembinaan meningkat dari US 50 juta kepada US 100 juta.Pembinaan adalah berfasa sehingga siap dan rancangan masa hadapan untuk melebar dan mendalamkan terusan untuk memudahkan lebih banyak kapal melaluinya.
Perjalanan di sepanjang terusan adalah selama 16 jam dengan kelajuan yang perlahan untuk mengelakan hakisan di tebing terusan dan perjalanan ini memendekan perjalanan kapal kalau mengikuti atau mengelilingi Afrika yang memakan masa antara 8 hingga 10 hari,Terusan ini dapat menjimatkan masa perjalanan dan kos yang perlu di tanggung oleh setiap kapal perdagangan.
Di Malaysia terdapat juga terusan buatan manusia khas untuk pengangkutan pada zaman dahulu kemudian telah beralih fungsi sebagai terusan untuk pengairan khas untuk tanaman padi.Penulis semasa di bangku sekolah telah mengenali nama terusan ini yang teletak di negeri jelapang padi iaitu Kedah.Nama terusan Wan Mat Saman amat terkenal pada zaman dahulu dan penulis berkesempatan melawat terusan ini pada suatu masa dahulu.
Pembinaannya adalah bertepatan dengan pembinaan terusan Suez iaitu pada tahun 1885 dan tempoh penyiapanya adalah memakan masa 10 tahun dan buruh paksa di gunakan untuk menyiapkan terusan ini.Kos untuk terusan ini adalah 35,000 ringgit dengan kelebaran 7.5 m dan kedalaman 7.5 m.Dengan menggunakan cangkul,parang,cam dan raga serta cop,akhirnya terusan tersebut siap.Terusan tersebut menjadi pemangkin pembukaan tanah-tanah penanaman padi di kawasan sekitar terusan tersebut.Terdapat juga terusan-terusan kecil yang menghubungkan dengan terusan wan mat saman ini.Nama terusan wan mat saman ini adalah mengambil nama sempena nama perdana menteri Kedah pada masa tersebut.
Yang menariknya pada masa tersebut telah ada anak melayu yang boleh membuat pelan terusan dan juruukur melayu yang telah ada pengetahuan dalam bidang teknikal dan pembinaan.Jangan melayu mudah lupa,pembinaan terusan di mulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1600 an lagi.Itu adalah kehebatan bangsa melayu dan wajib di teruskan oleh anak cicit orang-orang melayu.Inshallah
Ready mix concrete plant in Amritsar, Punjab is used in construction projects where the site is not willing, or unable, to mix concrete on site.
ReplyDelete