1.PEMBINAAN TEROWONG
Nampaknya pembinaan terowong semakin popular di dalam pembinaan lebuhraya apabila laluan menemui kawassn berbukit atau kawasan tinggi di bandinglan dengan open cut atau kaedah cut and fill demi menjaga ekosistem dan alam sekitar kawasan pergunungan atau kawasan tanah tinggi tersebut.
Nampaknya teknik gerudi dan letup masih di gunakan umtuk kawasan batuan granit dan mesin TBM untuk kawasan batuan lemah atau di kawasan tanah keras.Malaysia telah pun mempunyai beberapa terowong seperti SMART.terowong minora dan beberapa terowong yang lain.
Dengan adenya beberapa siri terowong di laluan ECRL ini menambahlah koleksi terowong di Malaysia.Pengalaman melalui terowong SMART pada pertama amat mengujakan dan mind set bahwa tiada udara atau oksijen yang cukup di dalamnya membuatkan seolah2 dada sesak nafas dan ia adalah mainan fikiran sahaja.
Pembinaan terowong ini dapat memberi peluang kepada pakar geologi dan tanah untuk mendalami lagi kajian tentang tanah dan keadaan batuan di Malaysia.Kesempatan ini boleh membuat mapping tentang keadaan geologi di kawasan tersebut dan kawasan2 sekitar dan penemuan jenis batuan dan tanah baru di harapkan supaya ia boleh dikaji dan di pelajari tentang sifatnya dari segi kekuatan dan sebagainya.
2.ECRL
Terowong Besut telah dapat di siapkan 6 bulan lebih awal dari tarikh siap sebenar.Terowong yang panjangnya 1.1 km adalah antara 59 terowong yang bina di sepanjang laluan ECRL ini.Ini lah pertama kali lebuhraya di Malaysia yang mempunyai terowong yang terbanyak sekali di bina.Malaysia telah pun memiliki beberapa terowong seperti terowong menora,terowong karak,terowong gombak fan terowong SMART di Kuala Lumpur.
Terowong di bina untuk mengelakan proses cut and fill yang akan melibatkan kerosakan alam sekitar terutamanya penebangan hutan yang luas dan banyak.Penebangan hitan yang luas akan memberi impak negatif terhadap alam sekitar antaranya penambahan gas karbon dioksid di udara.kepupusan flora dan fauana,banjir,tanah runtuh dan sebagainya.
Penjagaan selepas siap cetun2 juga memerlukan belanja yam besar dan kadang kala menyebabkan kemalangan jiwa berlaku di kawasan bercerun ini.Pilihan menggunakan terowong adalah bersesuaian walaupun kos pembinaanya tinggi pada awalnya tetapi dalam masa yang panjang ia amat mengintungkan.
Dan kaedah pembinaan terowong telah melalui perubahan yang amat drastik sekali.Daripada kaedah pengotekan,peletupan dan kini kaedah menggunakan peralatan TBM ,pembinaan terowong boleh di siapkan dengan cepat dan impak keatas alam sekitar adalah minima sekali..TBM(tunnel boring machine) adalah umpama kapal atau kilang pengorek terowong yang canggih sekali.Dengan plug in dengan punca kuasa atau bekalan elekrtrik,mesin ini akan melakukan tugas mengorek,menghantar sisa korekan kebelakang dan seterusnya memasang panel-panel konkrit keatas dinding terowong yang baru di korek dan seterusnya proses ini di ulang-ulang sehingga siap sepenuhmya terowong tersebut,
TBM umpama kapal selam di dalam tanah atau batuan yang melakukan kerja-kerja membina terowong sehingga siap.Sejarah penggunaan TBM telah bermula pada tahun 1825 di mulakan dengan pembinaan terowong Thames oleh Sir Isambard Brunel dan kemudian pada tahun 1846 jurutera Perancis telah membina terowong antara Perancis dan Itali melalui Banjaran Alps.
Pada tahun 1853,TBM di gunakan secara pertama kalinya di US dan tidak sampai 10 kaki,TBM tersebut telah mengalami kerosakan dan terhenti.Antara tahun 1853 dan 1875 ,banyak inovasi baharu terutama sekali berkenaan mata pengorek telah di bangunkan.Hanya pada tahun 1883,sejauh 1.84 km terowong dapat di bina dengan menggunakan TBM ini.Pada tahun 1883 juga terowong bergarispusat 2.1 m dan sejauh 2 km melalui tanag batuan berpasir telah berjaya di korek diantara Birkimland dan Liverpool.
TBM-earth pressure type -telah berjaya dikorek dengan menggunakan TBM bernama BERTHA yang mampu mengorek terowong bergarispusat 17.45m dan di Malaysia 2 terowong untuk projek MRT telah berjaya di bina di kawasan bertanah alluvium yang bergarispusat 6.67 m dan kadar pengorekanya adlah 345m sebulan.
Manakala TBN-hardrock type- yang terbesar pernah di bangunkan bergarispusat 15.62m dan berkemampuan mengorek 150m jenis batuan keras.Pembangunan atau perlumbaan membangunkan TBM yang lebih laju,lebih canggih akan terus berlaku seumpama pelumbaan senjata peperangan dan boleh mengorek garispusat yang lebih besar dan apa-apa jenis tanah sekalipun sejajar dengan kehendak kejuruteraan masa kini,Inshallah
No comments:
Post a Comment