Malaysia mengorak selangkah lagi kejayaan di dalam mempromosi kan tanaman kenaf sebagai bahan binaan.Teknologi bahan binaan daripada tanaman kenaf sedang di kaji dan kajian yang lengkap kan di umumkan pada bila-bila masa.Bahan binaan yang di hasilkan daripada kenaf adalah yang mesra alam sekitar dan boleh menyerap karbon jika di bandingkan dengan konkrit yang menghasilkan karbon dan batuan serta pasir daripada sumber daripada kuari yang boleh merosakan alam sekitar.
Tanaman kenaf juga boleh memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang pertanian supaya menjadikan tanaman kenaf sebagai tanaman utama seiring dengan kelapa sawit dan getah.Apabila bahan-bahan binaan daripada kenaf telah terbukti berkesan terhadapa lama sekitar,bahan-bahan binaan ini boleh di eksport sebagai salah satu komoditi utama di samping kayu balak yang siap di gergaji keluar negara.
Apa kah tanaman kenaf ini?Kenaf adalah tanaman yang berbentuk renek semacam tanaman bendi,sesuai di tanam di kawasan tanah liat berpasir dan tanaman mengambil masa 120 hari sesuai untuk di tuai.Untuk kenaf muda iaitu antara 50-60 hari adalah sesuai di proses untuk makanan ternakan.Batang-batang kenaf yang berbentuk bundle akan di hantar kekilang untuk di proses menjadi fiber.
Fiber dari kenaf boleh menghasilakn berbagai produk seperti kertas,bahan tektil dan fiber yang boleh di buat perabor,papan lapis,plynaf dan bahan-bahan binaan yang lain.Tanaman kenaf kini lambat menarik minat para petani kerana kilang untuk memasarkan masih kecil dan pengeluar benihnya masih kurang,Dengar khabarnya pembekal benih tunggal hanya ada di Kedah sahaja dan ini menyukarkan petani untuk mendapatkan benih kalau pengedarnya masih tunggal dan juga kilang untuk memasarkan nya pun ada satu iaitu di Pahang.
Berkenaan dengan bekalan benih dan pemasaran,pihak kerajaan harus bersungguh-sungguh membantu petani kerana banyak usaha petani untuk menukar jenis tanaman menemui kegagalan kerna bantuan daripada kerajaan tidak bersungguh-sungguh.Dan tanaman yang di tanam khas untuk mendapatkan fiber atau satu produk sahaja yang di hasilkan hendaklah di pastikan kawasan tanaman adalah luas dan besar demi untuk memastikan bahan kenaf ini sentiasa ada di pasaran.
Kita faham berkenaan tanaman ini adakalanya di serang penyakit,tidak menjadi di sebabkan hujan dan ribut yang boleh merosakan tanaman,kualiti tanaman juga hendaklah di pantau kerana kualiti tanaman yang tidak baik akan menghasikan gred fiber yang rendah dan tidak boleh di buat produk dan seringkali produk tanaman menemui kegagalan disebabkan kualiti tanaman yang rendah.
Peranan badan-badan kerajaan yang bermotifkan pertanian hendaklah di kerah kearah penglibatan mereka yang mempunyai kepakaran supaya tanaman kenaf yang berkualiti dapat di hasilkan.Daripada peringkat memilih benih,memilih kawasan penanaman,pembajaan dan meracun yang berkala sehinggalah keperingkat menuai,pengawasan dan penyeliaan daripada pihak berwajib amat-amat di perlukan dan petani-petani kini kena merubah corak pertanian tradisi kepada yang berteknologi tinggi .
Dengan banyaknya tanah terbiar di Malaysia yang boleh di usahakan sebagai tanah untuk tanaman kenaf,penghasilan fiber daripada kenaf ini biarlah menjadi kenyataan dan bukannya usaha 'tahi-tahi ayam' atau usaha yang sekerat jalan sahaja dan buktikan yang Malaysia mampu menghasilkan produk-produk yang bernilai tinggi sehingga boleh di eksport keluar negara.Inshallah
No comments:
Post a Comment