Kalau di Itali,menra condong atau bangunan condong Pisa menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia.Bangunan Pisa adalah di perbuat daripada batu ataupun konkrit dalam bahasa moden dan condong kearah utara pada mulanya dan comdong kearah selatan pula apbila kerja-kerja membaiki kecondongan di lakukan.Bangunan yang di bina pada tahun 1173 dan terhenti kira-kira 100 tahun disebabkan perang dapat di siapkan pada tahun 1372.Kecondongan nya adalah lebih dari 1000 mm dan pada tahun 2008 bangunan tersebut berhenti dari pergerakan condong.Kecondongan mula di sedari oleh pihak arkitek dan jurutera pada pembinaan di tingkat dua bermula dan kemudian peperangan dan pembinaan terhenti dan di tambah menjadi 6 tingkat lagi selepas perang dan kecondongan berputar kearah selatan pula.
Jurutera moden dengan peralatan moden telah mengkaji struktur atau keadaan tanah di bawah bangunan ini dan bangunan ini di dirikan sedalm 5 kaki dari permukaan tanah dan teletak di atas tanah liat yang berpasir halus dan keadaan tanah di bawah bangunan ini terdiri dari tanah liat berpasir yang mana dengan keadaan aras laut yang selalu berubah menyebabkan pasir halus di sedut keluar dari lapisan di satu bahagian sahaja dan ini menyebabkan bangunan Pisa ini menjadi condong,Ini adalah teori dan pendapat yang di keluarkan oleh pakar dan jurutera-jurutera,
Proses pembaikan mengambil masa yang lama yang mana di bahagian yang tidak condong di pasangkan pemberat dan di sokong dengan kabel keluli sementara di bahagian yang condong ,beberapa lubang di gerudi dan di sedut semua pasir dan selut dan di masukan dengan konkrit untuk untuk menstabilkan atau menghentikan kecondongan tersebut dan hasilnya kecondongan dapat di hentikan pada tahun 2008.
Terdapat banyak lagi bangunan di dunia ini yang condong dan di antaranya terdapat di Malaysia.Menara Condong Teluk Intan adalah menara condong yang serupa dan sebijik semacam menara atau bangunan condong Pisa di Itali,Bentuknya pun hampir-hampir sama iaitu berbentuk bulat dan kalau di lihat dari luar mempunyai semacam 8 tingkat tetapi sebenarnya ia adalah terdiri daripada 3 tingkat sahaja di mana setiap tingkat adalah setinggi 15.5 kak dan ketinggianya adalah lebih rendah iaitu sekitar 25 m jikalau di bandingkan dengan menara Pisa yang dibina setinggi 56.68 m dan kecondonganya pula adalah sekitar 300 mm dan lebih rendah di bandingkan dengan Bangunan Pisa yang mengalami kecondongan 1000mm.Menara condong Teluk Intan di bina pada tahun 1885 oleh kerajaan British yang terdiri dari struktur kayu keras dari atas hingga ke bahagian bawah dan telah berusia 135 tahun dan pada masa dahulu berfungsi sebagai rumah api untuk kapal-kapal yang berlabuh di kawasan Teluk Intan,menjadi pejabat kecil kerajaan dan menanggung beban tangki air untuk musim kemarau,Menara ini dahulunya tegak di reka oleh arkitek Ah Cheong mula condong selepas banjir melanda kawasan tersebut .Menara ini telah di wartakan sebagai antara bangunan bersejarah dan warisan di Malaysia.
Penulis sudah banyak kali menjejaki ke menara condong ini dan banyak koleksi gambar-ganbar yang di beli di sekitar bangunan menara ini.Pada waktu malam ,limpahan cahaya menyinari menara condong ini.
Kajian tentang keadaan struktur tanah di bawah bangunan atau menara condong ini masih penulis belum ketemukan atau mungkin sudah ada pakar yang membuat kajian kecondongan ini.tetapi belum di terbitkan dan menurut pakar sejarah ,tapak menara ini adalah bekas tapak terusan yang telah di kambus dan juga kedudukan menara ini adalah berdekatan denagan laut atau di kawasan Teluk Intan yang keadaan aras laut yang pasang dan surut dan teori keadaan struktur tanah di bawah bangunan Pisa boleh juga di jadikan rujukan.
Kaedah moden atau teknologi moden terkini yang merangkumi kerja-kerja penyiasatan tanah di jalankan terlebih dahulu sebelum merekabentuk asas bagi sesuatu bangunan adalah semata-mata untuk mengelakan bangunan condong ini terjadi lagi di era zaman moden ini,Terima kasih
No comments:
Post a Comment