Pada hari jumaa di salah sebuah tapak pembinaan,seorang pekerja prmbinaan rebah dan maut ketiga melakukan kerja3 konkrit.Konkrit dengan menggunakan buket darpda kren yang diisi daripada lori penggaul konkrit dan diangkat ketempat yang konkrit hendak di gunakan.Pada masa tersebut cuaca medung dan berguruh ataupun petir.
Siasatan sedang di jalankan samada kerja2 konkrit tersebut telah mengikuti SOP dan garispanduan yang telah termaktub di dalam akta.Pihak JKPP telahpun mengeluarkan waran untuk kerja3 di berhentikan sehingga siasatan selesai.
Apakah keadaan cuaca ade didalam SOP?.Setahu keadaan cuaca bole di jadikan alasan untuk mendapatkan EOT saja,tetapi bekerja di dlam cuaca tidak baik adakah menjadi satu kesalahan yang ade di dalam akta?
Cuma faktor cuaca akan menggangu kerja-kerja penggalian dan kerja tanah terutama sekali hujan yang lebat.Tanah yang telah terkena hujan akan mengambil masa beberapa hari untuk kering dan tanah atas atau top soil yang telah menjadi lembuat haruslah di buang dan begitu juga dengan kerja-kerja penggalian seperti penapak dan sebagainya yang mana air akan bertakung dan kerja-kerja mengepam air dan mengeringkan tanah wajid di lakukan.
Keadaan cuaca terutama di bulan 11 dan 12 adlah telah di jangkakan dan pada bulan-bulan tersebut kerja-kerja penggalian dan kerja2 tanah hendaklah tidak di mulakan.Data tentang hujan boleh di dapati di jabatan meterologi sebagai ramalan keadaan cuaca.
Penulis perhatikan yang apabila keadaan medung dan kilat sabung-menyabug,para pekerja dengan selamba tidak menghiraukan bahaya dari keadaan cuaca tersebut kerana mereka berkerja dengan bahan-bahan besi yang menjadi kuat pengalir elektrik.Mereka seolah-olah kebal atau kuat dengan panahan petir dan penulis mempunyai pengalaman membuat pemeriksaan besi tetulang di tingkat satu rumah bangli di masa kilat tengah sabung menyabung,memang menakutkan kerana besi tetulang adalah pengalir bahan elektrik yang kuat.
Cuaca akan di kira atau di pertimbangkan bila ade 'force majeure' dimana suatu keadaan di mana cuaca amat ektrem seperti taufan,banjir besar,hujan yang teramat lebat yang tidak boleh di kawal dan melanda bukan sahaja tapak pembinaan tetapi merentangi satu daerah atau negeri atau satu negera.Faktor ini sahaja yang boleh di pertimbangkan mendapat EOT dan penularan covid 19 adalah satu faktor force majeure' kerna ia berlaku di seluruh dunia dan tidak mampu di kawal.
Harus ada satu klausa di dalam garispanduan tentang SOP mengenai keadaan cuaca di tapak yang menwajibkan segala aktiviti dan kerja2 hendaklah di berhentikan,Kilat sabung menyabung hendaklah di masukan kedalam ,force majeure' kerana keadaanya tidak boleh di kawal dan terjadi tidak tentu masa dan tidak boleh di agak,
Harus dingat bahawa kerja2 konkrit hendaklah di hentikan semasa hujan lebat.Konkrit basah yang baru akan basah dan kadar air campuran akan bertambah tinggi yang boleh mengubah kekuatan konkrit apabila mengeras nanti.Mungkin peristiwa di atas berlaku ketika medung dan hujan belum turun lagi.
Takziah kepada waris mangsa dan peristiwa ini menjadi tauladan kepada semua pekerja industri binaan kerana sebelum ini anggapan mereka kilat tidak boleh membawa apa2 bencana kepada mereka.Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment