Wednesday, May 26, 2021

GERHANA BULAN ATAU BULAN SAKIT?

Teingat di zaman kecil2 dan belum mempunyai apa-apa pengetahuan,orang tua akan memeberitahu atau berbual tentang keadaan atau bulan sakit.Kita yang ternganga tidak tahu apa2 tidak menghiraukan apa2 dari kenyataan tersebut dan keadaan atau fenomerna bulan sakit ini akan terjadi beberapa kali semasa zaman kecil lagi.

Bila akan sudah baligh dan telah ada mempunyai sedikit pengetahuan tentang alam angkasa dan telah di war-war atau di terangan di media masa ,bulan sakit tersebut adalah sebenarnya fenomena gerhana bulan.Kenapa di katakan bulan sakit mungkin kerana pada masa terjadinya gerhana tersebut warna bulan akan menjadi kemerahan yang seolah2 dalam keadaan sakit.

Mungkin ini adalah perbuatan syirik dan minta di jauhkan bahawa kalau ada pohon yang tidak berbuah lama,semasa terjadinya gerhana,ketuk atau pukul batang tanaman atau pokok yang berkenaan dan mungkin selepas itu ia berbuah,Kerana kuasa untuk berbuah atau tidak adalah terletak kepada usaha manusia dan akhirnya dengan kuasa Tuhan yang maha esa.Dan terjadinya gerhana bukanya tanda lahir dan kematian seseorang kerana putera nabi swt meninggal pada hari terjadinya gerhana.

Gerhana bulan dan matahari adalah fenomena yang akan terjadi pada masa-masa tertentu.Gerhana bulan terjadi apabila matahari ,bumi dan bulan berada dalam satu garisan.Oleh kerana bulan melingkari atau mengelilingi bumi secara elip adan bukan bulatan,bulan akan berada hampir dengan bumi iaitu sekitar 300000 lebih km.Bumi akan melindungi cahaya dari matahari untuk sampai ke bulan dan pertukaran warna dari keputihan ke warna kemerahan akan terjadi.Gerhana mempunyai banyak versinya dan diantaranya adalah blue blood moon,flower blood moon dan sebainya.Temph durasi blood mood atau bulan penuh juga dalah berbeza dan ada yang pendek dan ade yang panjang.

Yang untungnya kadang-kadang orangramai bepeluang untuk mencerap planet-planer lain seperti terjadi pada tahun 2018 yang mana planet Zuhal,Mustahri dan Marikh berada pada kedudukan yang paling dekat dengan bumi.Untuk memerhati lagi sekali memakan masa lebih 100 tahun di hadapan.

Gerhana bulan pada hari ini iaitu 26/05/2021 bersamaan dengan 14 Syawal 1442H akan berlaku antara pukul 4 lebih sehingga 9.50 malam.Para pencerap atau peminat angkasa lepas boleh memerhatikan gerhana secara matakasar atau menggunakan teropong yang lebih jelas.Dulu semasa bukan PKP.orang ramai dapat melihat melalui teropong yang disediakan di Platirium Negara atau bdi balai-balai pencerap anak bulan di setiap daerah dan negeri di Malaysia dan menurut agensi angkasa MYSA ,fenomene gerhana bulan ini boleh di saksukan melalui youtube planetrium ,

Umat Islam memunyai cara tersendiri untuk menyambut gerhana ini.Pada hari itu atau diketika gerhana,solat sunat khusuf rakaat di dirikan berserta dengan khutbah.Dan juga di ketika itu di anjurkan beristigifar memuji Allah,bersedekah dan sebagainya untuk memuji akan kebesaran Allah dan bersyukur yang matahari,bulan dan bumi masih berjalan di orbitnya dan dengan pengiraan sains dan matematik bahawa hari dan saat dapat di tentukan dan bayangkanlah kalau gerhana tidak terjadi.Oleh kerana di masa PKP ini,solat gerhana boleh di lakukan di rumah.

Gerhana telah terjadi sejak dari Allah menjadikan alam semesta ini dan tetap terjadi walaupun usia alam semesta telah berusia berbillion tahun dan ini sekali lagi menunjukan kekuasaan yang maha esa.Marilah sama2 kita menyaksikan bulan gerhana penuh pada malam ini dan lakukan solat sunat gerhana 2 rakaat untuk menyatakan rasa bersyukur bahawa alam semesta ini masih belum menunjukan tanda2 hari akhir.

Inshaallah.

No comments:

Post a Comment