Semalam,langit di kawasan Kaabah,Mekah telah di selubungi dengan kabut berwarna merah di keseluruhan kawasan dan kawasan menjadi seakan-akan medung dan gelap.Ramai yang telah memviralkan fenomena ini dengan mengatakan benar lah sabda Nabi saw yang mengatakan antara tanda-tanda kiamat adalah langit akan berwarna merah di sekitar Kaabah di Mekah.
Menurut istilah sains meterologi ini adalah fenomena ribut debu.Debu yang ringan dan kering akan menjadi ringan dan tiupan angin atau ribut di kawasan yang luas akan mengakibatkan debu-debu akan terangakat dan berterbangan keatas langit dan dalam masa tersebut cahaya matahari yang bersinar akan tersekat dan membalikan cahaya yang berwarna merah di atas angkasa.
Ribut debu sering terjadi di kawasan gurun atau kawasan berpasir yang luas dan ini menandakan pertukaran monsun atau musim iaitu dari musim kering kemusim hujan yang mana pada bulan romadhan yang lepas fenomena hujan lebat yang mengakibatkan banjir di kawasan sekitar Kaabah.
Fenomena pertukaran monsun ini kadang-kadang sukar di jangka oleh ahli meterologi kerana ingat ramalan keadaan cuaca hanyalah ramalan dan bukanya tepat.Yang tepatnya adalah dari Allah swt.Begitu juga di Malaysia musim hujan nya berubah-rubah setiap tahun atau setiap 2 atau 3 tahun.Kalau dulu musim hujan bermuala pada bulan 9 atau bulan 10 tetapi sekarang apabila pertukaran monsun berubah mengakibatkan musim hujan dan panas mengalami perubahan.
Fenomena ini harus di cerap dan di perhatikan berapa lama masa yang berlakunya ribut debu ini.Kalau kejadian ini berlaku sentiasa tidak kira di musim kering dan di musim hujan,kaitan dengan tanda-tanda hari kiamat akan menjadi kenyataan.Kalau hanya terjadi di musim kemarau itu adalah kejadian yang biasa ataupun kejadian alam semula jadi yang menunjukan akan keindahan alam ciptaan Tuhan dan tiada siapa yang dapat menciptakan kecuali Dia.
Banyak lagi fenomena2 yang terjadi di alam ini yang kadang-kadang tidak terfikir oleh manusia biasa kecuali orang yang pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan alam sekitar,Di Astro terdapat satu rancangan yang amat menarik tentang kejadian-kejadian aneh tentang alam sekitar yang terjadi di seluruh dunia dan di sebalik kejadian2 tersebut di uraikan kenapa dan mengapa fenomena tersebut berlaku dari pandangan dan pendapat2 ahli-ahli sains dari seluruh pelusuk dunia,
Selain dari kekuasaan Tuhan dalam menjadikan kejadian-kejadian aneh tentang alam sekitar dan cuaca,manusia yang di berikan akal yang cetek dan sedikit pengetahuan akan menghuraikan kejadian tersebut menurut pengetahuan yang di belajari dan akhirnya terjadinya fenomena2 tersebut adalah tidak terjadi dengan sendirinya tetapi dengan adanya pencipta yang maha berkuasa iaitu Allah swt,
Kita harus berdoa dan meminta perlindungan dari Allah swt apabila menengok kejadian-kejadian yang pelik yang berlaku di angkasa,daratan dan lautan dan semoga dengan adanya kejadian-kejadian ini dapat mendekatkan lagi ketakwaan kita kepada yang Maha Esa,Allahu alam.
No comments:
Post a Comment