Seperti telah di umumkan oleh PM bahawa Malaysia akan berPKP penuh bermula fasa pertama pada 1 Jun hingga 14 Jun dan akan berlansung beberapa fasa bergantung kepada jumlah kes harian atau Rt.Semalam menteri kanan telah mengumumkan 17 sektor yang dibenarkan untuk beroperasi termasuk sektor pembinaan dan perbekalan bahan.
Sektor-sektor pembinaan yang di beri kelonggaran atau beroperasi di masa PKP penuh ini adalah termasuk:
- peyelenggaraan dan pembaikan cerun,jalan dan jambatan
- kawalan pengurusan trafik dan lampu isyarat
- pemeriksaan berkala dan pembaikan lif,travelator,eskelator dan peralatan mekanikal dan elektrikal
- kerja-kerja penyelengaraan,pembersihan dan pengeringan air bertakung
- penyemburan racun serangga di tapak bina
- penyelenggaraan dan pembaikan landasan keretapi dan rel
- pembaikan kediaman perseorangan
- pembinaan jambatan Bailey
- pembinaan terowong,cerun,jambatan,jejambat,lebuh raya yang melebihi 80%
- MKT,LRT,ECRL,projek rel,komuter,bekalan elektrik,empangan.saliran dan pembetungan,minyak dan gas
- Pembinaan hospital yang melebihi 80%
- Pihak perunding juga boleh beroperasi mengikut kategori 1 -11
- Kehadiran di tapak bina adalah 60% sahaja
- Kerja2 pembinaan yang menyediakan penginapan 100%(CLQ) dan yang mengikuti Akta 446
Kalau dilihat kepada sektor-sektor pembinaan yang di benarkan beroperasi,bolehlah di kategorikan yang kebanyakan kontraktor mempunyai kepala2 atau tajuk2 didalam lesen mereka yang membenarkan mereka beroperasi cuma kebetulan tiada mempunyai projek berkaitan dengan kerja2 kritikal yang di sebuatkan di atas atau mempunyai projek yang bukan di senaraikan sebagai kritikal.Mungkin menjadi sedikit kesusahan untuk menanggung pekerja selama 2 minggu untuk melunaskan upah dan juga bahan makanan yang terpaksa di bekalkan untuk meneruskan penghidupan mereka atau pun jangan mereka lari.Kontraktor yang terhenti perlaksanaan projek bolehlah memohon EOT di mana pendamik penyakit covid ini adalah termasuk dalam faktor 'force mejeur'.
Pergerakan untuk pekerja2 binaan ini akan berlaku pada hari cuti di mana mereka akan mencari saudara mara yang berkerja di sektor lain untuk berkumpul,berbual ada juga yang mengadakan pesta kenduri dan hiburan di tempat2 yang telah dirancang.Pergerakan inilah yang menyumbang kepada pertambahan kes covid.Dengan langkah menghadkan pergerakan keluar mereka mungkin kes harian dapat di kurangkan.Kebanyakan kes-kes dalam tapak pembinaan adalah bermula dari perjumpaan dan tempat tinggal yang tidak di kawal di mana mereka bebas keluar masuk dan mengadakan apa2 aktiviti yang tidak mengikut SOP.
Inshaallah bermula pada hari esok iaitu 1 Jun,count to down the case or graph akan di buat untuk memastikan penurunan kes harian covid .Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment