Semalam seorang lelaki meninggal dunia kerana keretanya meletup dan terbakar seterunya terputus dua.Kejadian tersebut berlaku di waktu petang dan di dalam hujan lebat yang di sertai dengan petir.Dalam lapuran berita menyebut bahawa petir menyebabkan letupan.Letupan itu juga menyebabkan 5 kenderaan lain meletup dan juga beberapa tingkap masjid yang berdekatan pecah.
Siasat punya siasat di dalam kereta tersebut terdapat mercun bola dengan kuantiti yang banyak.Unit bom telah di panggil untuk menyiasat kejadian letupan bom.Ini lah pertama kali didengari berita bahawa petir boleh menyebabkan letupan.Pakar elektrik mengatakan adalah lebih selamat duduk di dalam kereta daripa duduk di bawah pokok ketika keadann petir bertalu-talu kerna badan kereta adalah penebat haba atau cas yang baik(kalau salah pakar lektrik tolong betulkan).Konsep 'farady cage' adalah di applikasi di semua kenderaan untuk menampan panahan petir ini.
Apa yang terjadi kemungkinan mercun bola bila di dalam keadaan termampat boleh menyebabkan letupan dan ada juga berita yang mengatakan mangsa tersebut merokok ketika kejadian tersebut,Penulis pernah mengalami satu kes 3 tahun yang lepas berkenaan dengan petir ini.Penulis pernah merekabentuk sebuah rumah di salah sebuah daerah di Negeri Sembilan dan pada satu hari tembok penahan rumah tersebut telah runtuj di sebabkan hujan dan ribut petir yang berlaku.Tembok penahan tersebut telah di rekabentuk oleh perekabentuk lain dan meminta penulis menyediakan satu lapuran berkenaan dengan runtuhan untuk di kemukakan kepihak insuran untuk tujuan tuntutan atau pampasan kerosakan.
Salah satu sebab yang di syorkan oleh pemilik adalah keruntuhan itu di sebabkan oleh panahan petir.Penulis telah menyemak banyak artikel2 yang boleh mengaitkan panahan petir dengan runtuhan tembok penahan tersebut dan penulis tidak menjumpainya dan sebab utama adalah tekanan hidrostatik yang tinggi de sebabkan hujan lebat yang terbentuk di belakang tembok penahan yang menjadi penyebab utama runtuhan tembok penahan dan oleh kerna untuk menjaga hati pemilik ,penulis menulis juga runtuhan di sebabkan oleh tekanan yang berlebihan di belakang tembok penahan disebabkan hujan lebat,ribut dan petir yang melanda kawasan tersebut.
Penulis telah di panggil untuk menerangkan dengan lebih detail tentang lapuran tersebut kepada wakil insuran dan wakil jurutera mewakili pihak insuran dan sekali lagi penahan petir menjadi isu dan tuntutan tersebut tidak berjaya kerana menjadi polisi insursn bahawa ribut yang kuat yang merosakan keseluruhan kawasan tersebut akan di layan tuntutan tersebut dan kalau hanya sebiji rumah tutntutan tersebut tidak berjaya dan di tolak.
Bebalik kepada sangkar faraday adalah menurut wikipedia adalah ruangan bertutup yang di bentuk dari bahan pengalir atau dari yang sejenis denganya.Ruangan bertutup ini menyekat medan elektruk statik kerana medan elektrik statik luaran boleh menyebabkan cas elektrik dalam bahan pengaliritu beredar sesama sendiri dan membatalkan kesan medan magnet di dalam ruangan sangkar ataupun medan elektrik adalah sifar di dalam sangkar.Itu adalah jawapan sains yang lebih tepat dan lapuran berita yang tidak tepat tersebut hendaklah di perbetulkan dan jangan kita di perbodohkan dengan fakta yang kurang jelas dari lapuran berita.
Para wartawan hedaklah mengkaji atau bertanya dahulu kepada yang pakar sebelum menulis atau melapurkan berita yang berkaitan dengan perkara teknikal.Itu lah serab sedikit pengetahuan yang dapat di kongsikan kerana berita tersebut telah menjadi sensasi dan mendapat perhatian umum.{ara pembaca boleh ke laman sesawang yang berkaitan dengan sangkar faraday untuk menegtahui dengan lebih lanjut lagi konsep tersebut.Insaallah
No comments:
Post a Comment